waqaf quran

Projek Waqaf Quran

Waqaf Quran merupakan salah satu aktiviti amal dianjurkan oleh pihak Yayasan Ez Prihatin (YEZP) bagi membantu saudara-saudara Islam di luar negara, seperti di Chad, Uganda, India dan juga Bangladesh.

Ekoran daripada belenggu kemiskinan, ramai daripada mereka tidak mampu untuk membeli al-Quran sendiri bagi mempelajari kitabullah ini, terutamanya anak-anak kecil di sana.

Jadi, kami beranggapan bahawa masalah ini dapat dibendung sedikit sebanyak jika ada sumbangan dari saudara Islam yang lain yang diberi kelapangan oleh Allah dari sumber kewangan.

Atas inisiatif inilah pihak YEZP menganjurkan program ini bagi mengajak rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menyumbang kepada anak-anak kecil Islam di sana. Mudah-mudahan setiap dari mereka dapat memiliki al-Quran sendiri dan dapat meneruskan pelajaran kitabullah ini.

Berminat untuk menyertai waqaf ini?
Klik butang dibawah.


Soalan lazim mengenai waqaf al-Quran

Apakah hukum waqaf al-Quran

Hukum waqaf itu sendiri adalah sunat mengikut jumhur ulama’. Jadi, hukum waqaf al-Quran adalah sunat.

Di mana al-Quran diagihkan?

Al-Quran ini akna diagihkan kepada saudara-saudara Islam di India, Bangladesh, Chad dan juga Uganda. Selain itu, al-Quran ini juga akan diagihkan ke madrasah-madrasah di negara tersebut.

Apa kelebihan waqafkan al-Quran?

Al-Quran boleh dikategorikan sebagai sedekah jariah yang berpanjangan selagi ia dimanfaatkan. Sabit dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, No. 1631:
“Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catatan amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.”


Galeri