Projek Waqaf Perigi

Projek wakaf perigi merupakan projek kedua WaqafNow dalam membantu saudara-saudara Islam kita di negara kelas ketiga.

Projek ini sangat penting kerana ia melibatkan sumber asas kehidupan manusia iaitu air. Jika kita meninjau kembali keadaan di Malaysia pada zaman 70an~90-an, perigi merupakan antara sumber air yang penting untuk minum, memasak, mandi, beribadah dan sebagainya.

Walaupun sudah masuk ke era baru 2021, namun masih kita dapati ada sebahagian negara yang masih lagi mengalami masalah untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Antara negara yang kami beri keutamaan untuk mengatasi masalah ini adalah di India, Kemboja dan Bangladesh.

Kenapa kita perlu mewaqaf perigi di luar negara?

  1. Faktor utama adalah negara-negara tersebut tidak mempunyai kemudahan sistem perpaipan yang lengkap seperti Malaysia dan negara maju yang lain. Jadi, sumber utama air bersih hanyalah dari perigi.
  2. Dengan adanya perigi ini akan memudahkan golongan yang tua yang uzur untuk mendapatkan bekalan air bersih dari jarak yang dekat.
  3. Tidak ada banyak tempat takungan air yang berskala besar (seperti empangan atau tasik)untuk menampung seluruh penduduk kampung.

Justeru itu, kami ingin menyeru rakyat Malaysia yang beragama Islam agar sama-sama membantu saudara-saudara kita di sana dengan menyertai waqaf perigi ini.

Berminat nak sertai waqaf perigi ini?
Klik butang di bawah.